ASAS-ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN ISLAM - OpenLearning
Secara rumusannya , tamadun islam adalah pencapaian manusia dalam semua aspek kehidupan secara sepadu dan menyeluruh ,berfokus kepada pembangunan manusia, sebagai hamba dan khalifah Allah, bagi mencapai kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Terdapat dua pandangan  bila bermulanya tamadun Islam iaitu  pandangan pertama adalah sejak zaman Nabi Adam, pembentukan institusi kekeluargaan, melalui kesihatan, pertanian dan penternakan. Manakala pandangan kedua pula ialah kelahiran agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad dan agama Islam yang bersifat menyeluruh iaitu dari segi akidah dan syariah lahir di tengah masyarakat jahiliyiah. Menurut Ibnu Khaldun, manusia secara semula jadi dilahirkan dengan ciri-ciri madani. Tamadun berjaya dikembangkan apabila manusia memanfaatkan ciri-ciri madani yang dimanfaatkan itu. Ciri-ciri madani ialah beriman, menjaga hubungan dengan Allah, berilmu, untuk mengurus diri dan alam, beramal, bekerja keras, berakhlak, diri sendiri dan pihak lain, kemudian akhir sekali ialah bermasyarakat, dan menunaikan tanggungjawab sosial. 
 
Tamadun Islam menitikberatkan empat asas iaitu aqidah,syariah,akhlak dan ilmu. Asas yang pertama iaitu aqidah. Aqidah dalam Tamadun Islam merupakan asas kelahiran Tamadun Islam.Aqidah berasaskan tauhid. Aqidah berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti kepercayaan. Aqidah merupakan kepercayaan yang ditanam di dalam hati dan dizahirkan melalui perkataan dan ditunjukkan oleh tingkah laku. Menurut etimologi bahasa Arab ‘aqidah’ terbitan daripada ‘aqada’(ikatan/simpulan).  
 
Bagi syariah, syariah membawa maksud undang-undang Allah SWT. syariah mengariskan panduan hidup individu dan kolektif. syariah dari konteks bahasa adalah berasal daripada perkataan syarak yang bermaksud jalan ke arah air atau jalan yang lurus. Syariah mengatur hubungan manusia dengan Allah dan kedamaian di dunia. Syariah diwujudkan bagi menyelamatkan mereka untuk mencapai kehidupan abadi di akhirat kelak. Itulah tujuan (Maqasid al Syari’ah) diturunkan iaitu bagi mengatur hidup manusia atas asas ma'ruf dan mengenepikan mungkar. keistimewaan undang-undang syariah adalah ia bersifat universal, lengkap dan bersepadu selain ia akan kekal sehingga hari kiamat.
 
 Bagi akhlak, perkataan “akhlak” berasal daripada Bahasa Arab “khulq” yang maksudnya budi pekerti, perangai, sikap atau tabiat seseorang. Akhlak Baik (Mahmudah) adalah seperti jujur, sabar, ikhlas, benar, pemurah. Akhlak Buruk (Mazmumah) seperti hasad, riyak, takbur, ujub. menurut istilah, akhlak adalah sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran ,penelitian dan paksaan . Menurut iman al-Ghazali, akhlak ertinya kebiasaan manusia yang tetap yang wujud dalam diri manusia. Untuk menghasilkan tingkah laku yang baik, tidak memerlukan pemikiran. Menurut perspektif Islam, baik dan buruk adalah menurut ketentuan syarak. Akhlak Islam hendaklah didasarkan kepada al-Quran, al-Hadis dan pendapat Ulama. manusia perlu berakhlak kepada Rasullulah dan ibu bapa.  
 
Bagi ilmu dalam Tamadun Islam, ilmu berasal dari perkataan arab iaitu 'alima' bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui dengan sebenarnya. dari segi istilah pulak, segala pengetahuan dan kefahaman tentng kebenaran yang datang dari Allah yang diturunkan kepada rasulnya dan alam yang yang merangkumi aspek lahiriah dan batin .  dalam bahasa adalah Naqli (wahyu) membina asas tamadun berpandukan ketetapan Allah. ‘Aqli (kajian) merupakan mekanisma yang ada di dalam peradaban itu sesuai dengan fitrah semula jadi manusia. Ilmu terbahagi kepada dua iaitu fardu ain ( tauhid , fiqah , tasawwuf) dan fardu kifayah. 
 
LINK VIDEO YUOTUBE DAN googlebooks
https://www.youtube.com/watch?v=n-WzAHw3IP0
http://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=qEq94d6r3GQC&oi=fnd&pg=PP10&dq=asas+pembentukan+tamadun+islam&ots=4DR_k49VUu&sig=U0TRnb4GUny7UAGfZ2FGi_FdHE0#v=onepage&q=asas%20pembentukan%20tamadun%20islam&f=false

Comments

Chat