NOR RABIATUL ADAWIYAH BINTI IBRAHIM's 4.A1 : LATIHAN 1 - OpenLearning

Soalan 1

Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)
Sebelum merdeka, pembangunan ekonomi majoriti hanya dinikmati oleh kaum Cina yang menetap di bandar. Kaum lain seperti India, Melayu dan Bumiputera menjalani kehidupan daif diluar bandar yang hanya menjalankan ekonomi tradisional seperti menanam padi, menangkap ikan, mengutip hasil hutan dan menoreh getah. Menjelang pasca kemerdekaan, ekonomi kian stabil apabila Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan. Kemajuan ekonomi dinikmati bersama terutamanya di Tanah Melayu. KIni, pembangunan ekonomi dinikmati oleh semua masyarakat di Malaysia. Kemajuan ekonomi pada masa kini tidak lagi berpihak pada mana-mana etnik, tetapi semua etnik menikmati kemajuan yang sama berdasarkan kecekalan dan keinginan untuk mencapai kejayaan. Kini semua insan boleh berjaya tanpa dihalang dengan pengenalan berdasarkan fungsi ekonomi lagi.

Soalan 2

Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.
Kedudukan ekonomi sebelum pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, adalah sangat tidak stabil. Majoriti ekonomi dipelopori oleh kaum Cina yang menetap di kawasan perlombongan dan kawasan bandar. Hal ini telah mendorong tindakan dan pemikiran kaum Cina untuk melakukan aktiviti berdagang. Berbeza dengan kaum-kaum lain yang menetap di kawasan luar bandar. Terutamanya, ekonomi kaum Bumiputera adalah sangat tidak memuaskan kerana faktor kurangnya ilmu pengetahuan dan kurangnya modal mendorong kaum ini terus dengan kehidupan yang daif di tanah sendiri. Namun begitu, ekonomi Malaysia kian stabil apabila pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan. Dasar ini adalah bertujuan untuk mengimbangi ekonomi antara kaum agar rasa tidak puas hati sesama mereka dapat dibendung. Hasilnya, ekonomi setiap kaum adalah stabil dan semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Soalan 3

Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
Dasar Ekonomi Baru adalah antara dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Dasar Ekonomi Baru atau juga dikenali sebagai DEB merupakan satu Program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussin On. DEB dilaksanakan untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia juga telah digubal dalam konteks serampang dua mata. Iaitu mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang pekerjaan untuk semua kaum tanpa mengira kaum. Seterusnya, mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi agar dapat mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Soalan 4

LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.
Globalisasi telah mendorong pertembungan budaya antara etnik. Hal ini telah mendorong masyarakat berkongsi pemikiran dari pelbagai pandangan dalam menerajui ke arah negara maju. Secara tidak langsung telah membawa kepada kerjasama antara etnik di Malaysia terutamanya dalam meningkatkan kualiti dan pendapatan ekonomi di negara ini. Kepelbagaian etnik di Malaysia dikagumi di mata dunia, sekurang-kurangnya terdapat ratusan etnik dan sub etnik. Kepelbagaian etnik ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dan mempunyai keistimewaannya tersendiri. Keunikan ini mendorong masyarakat untuk sentiasa bertoleransi sesama sendiri agar keharmonian dan keamanan di negara ini dapat dikekalkan agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang dan terus menjadi aspirasi kepada negara lain. Pentadbir yang bijak adalah sangat diperlukan dalam mencorakkan pemikiran masyarakat untuk sentiasa bersikap tolak ansur antara masyarakat agar perbalahan yang berlaku antara etnik dapat dicegah dan dibendung dari berleluasa

Comments

Chat