rakel maijin's 3.A4 : Aktiviti 4 - OpenLearning

1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?


Kandungan buku teks dapat memupuk hubungan etnik kerana isi dalam buku teks banyak memberi pendedahan kepada pelajar tentang etnik-etnik di malaysia. Contohnya, dalam buku sivik peringkat sekolah menengah. Dalam buku ini pelajar diperkenalkan tentang budaya-budaya yang ada di malaysia iaitu budaya yang ada di sabah dan sarawak serta semenanjung malaysia. Hasil daripada pendedahan ini, pelajar dapat mempelajari seraba sedikit tentang kelpelbagaian etnik di malaysia. Tidak dilupakan dalam buku teks banyak nilai-nilai moral yang diterapkan bagi melahirkan pelajar yang mempunyai nilai peribadi yang baik dalam menghormati perbezaan yang ada di malaysia. Disamping itu, buku teks juga membantu dari segi pembangunan semangat patriotik dalam kalangan pelajar. Ini kerana, buku teks seperti sejarah banyak memberi pengetahuan kepada pelajar susah senang hidup semasa dijajah. Oleh yang demikian, pelajar kini dapat mengerti bahawa perpaduan antara etnik yang berbeza adalah punca utama kemerdekaan dicapai. Hasil daripada pembelajaran sejarah pelajar yang berbilang kaum dapat memupuk sifat hormat menghormati dan menjaga keamanan antara kaum bagi mengekalkan kemerdekaan yang dicapai.

2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.


Industri hiburan kini turut membantu dalam pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat di malaysia kerana melalui perkongsian minat yang sama antara kaum dalam bidang musik, wayang dan sukan secara tidak langsung masyarakat berbilang kaum dapat menjalin hubungan yang harmoni. Perkara ini adalah satu benda yang positif yang sedang berlaku dalam kalangan masyarakat yang berbeza. Contohnya, semasa perlawanan bola sepak setiap etnik yang berbeza dalam malaysia sama-sama menonton dan bersorak dengan gembira. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa industri hiburan juga medium dalam pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan kaum.

3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.


Asperasi seni dalam masyarakat pelbagai kaum dapat memupuk ikatan hubungan yang erat antara kaum kerana kesenian yang unik mampu menarik orang lain untuk mempelajari satu seni. Tidak salah untuk mempelajari kesenian yang diamalkan oleh etnik lain, hal ini menunjukkan kaum dalam malaysia saling menghormati dan tidak menganggap perbezaan itu sebagai penghalang untuk bersatu. Sebagai contoh tarian singa juga dipraktikan oleh kaum lain semasa tahun baru Cina. Jelas perkara ini menunjukkan kesenian yang berbeza mampu melahirkan rakyat majmuk yang harmoni. Oleh yang demikian, apresiasi seni turut memainkan peranan penting dalam menyatupadukan etnik.

4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?


Antara kawalan yang diperlukan untuk memupuk perpaduan di malaysia adalah dari segi dasar kerajaan. Contohnya dasar ekonomi baru. Dasar ini bermatlamat untuk mencapai perpaduan antara kaum dengan cara membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum. Disamping itu, kerajaan juga perlu mengawal rukun tetangga supaya wujud satu tetangga yang hidup dengan aman dan damai di satu kawasan. Selain itu, kawalan yang diperlukan juga untuk memupuk perpaduan kaum adalah dengan mengawal pergerakkan parti politik. Parti politik yang membawa kepada perpecahan kaum harus dibubarkan denga serta merta untuk menjaga persepaduan antara kaum dalam malaysia. Terdapat juga banyak kawalan yang lain tapi hanya tiga yang mampu saya utarakan. Oleh itu, kawalan-kawalan penting dalam usaha menyatupadukan masyarakat di malaysia

5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


Boleh dikatakan orientasi parti politik kini lebih cenderung kepada ke arah polarisasi. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas bahawa parti politik lebih mengutamakan kepentingan mereka tanpa melihat persekitaran mereka yang turut menjadi keutamaan. Dengan hanya mengejar fokus utama mereka perpaduan antara kaum tidak dititkberatkan. Hal ini menyebabkan polarisasi kaum di malaysia berlaku. Perpaduan tidak dapat diwujudkan dengan perbezaan motif utama parti politik.

6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


Orientasi organisasi bukan kerajaan (NGO) saya yakin katakan dapat memupuk perpaduan antara kaum. Hal ini kerana, badan bukan kerajaan seperti persatuan pengguna, persatuan pencinta alam dan sebagainya adalah satu badan bukan kerajaan yang membawa kepada perpaduan kaum kerana motif utama persatuan seperti ini bukanlah untuk memecahbelahkan kaum tetapi berganding bahu sesama sendiri untuk menjaga kepentingan semua. Tidak dinafikan badan bukan kerajaan banyak membantu kerajaan dalam hal-hal menyatupadukan masyarakat di malaysia. Oleh yang demikian, badan bukan kerajaan ini patut lebih aktif lagi untuk menyatupadukan kaum yang pelbagai di malaysia.

7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.


malaysia mempunyai kaum yang sangat pelbagai ditambah lagi dengan permainan tradisional yang unik ini membuatkan tarikan kepada setiap etnik di malaysia untuk mencuba permainan tradisional Dengan wujudnya perkongsian permainan tradisional persefahaman antara kaum dapat diwujudkan. Ini kerana apabila satu kaum itu ingin mencuba permainan tradisional dengan yang lain, sesuatu kaum akan lebih mengenali antara satu sama lain. Ini akan membuatkan setiap kaum itu lebih bersefahaman dan konflik antara kaum dapat dielakkan. Sebagai contoh kaum melayu bermain batu seremban begitu juga dengan kaum lain mereka turut bermain batu seremban. Kita dapat simpulkan, permainan tradisi juga medium untuk menyatupadukan kaum di malaysia.

Comments

Chat