UUM Alvera Ebil Group G's 7.A1 : Perbincangan 1 - OpenLearning

Soalan 1

Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara Hindu dan Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainya.
Agama hindu adalah suatu kepercayaan yang didasarkan pada kitab suci yang disebut Weda. Weda diyakini sebagai pengetahuan yang tanpa awal tanpa akhir dan juga dipercayai keluar dari nafas Tuhan bersamaan dengan terciptanya dunia ini. Hindu merupakan agama lanjutan dari agama Weda (Brahmanisme) yang merupakan kepercayaan bangsa Indo-Iran (Arya). Hinduisme pula memperlihatkan berbagai bentuk dan bermacam-macam gejala-gejala agama. Suatu penyampuradukkan dari pada tokoh-tokoh dewa, bentuk-bentuk kultur, sel-sel agama dan mazhab-mazhab agama berdasarkan filsafat. Gambaran yang diberikan Hinduisme dalam keseluruhannya memang beraneka warna dan mengacaukan. Hinduisme boleh dikatakan terhimpun seluruh sejarah agama dengan segala ragam dan bentuk kesalahannya. Manakala Hindu merupakan satu kepercayaan yang suci.

Soalan 2

Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama  masyarakat.
Budaya setempat boleh mempengaruhi amalan agama masyarakat sama ada pengaruh negatif atau positif. Bagi masyarakat yang berbilang bangsa hidup dalam satu komuniti, mereka akan terpengaruh dengan budaya orang lain dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Contohnya, ramai wanita Muslim di Malaysia yang tidak mengamalkan pemakaian hijab walaupun perkara ini diwajibkan dalam agama Islam untuk menutup aurat mereka. Hal ini kerana mereka terpengaruh dengan budaya agama lain. Namun, pengetahuan tentang budaya agama masyarakat lain ini mampu membentuk masyarakat untuk mengetahui dan saling menghormati budaya agama orang lain. Masyarakat juga dapat menyambut bersama perayaan agama lain untuk membentuk satu ikatan yang harmoni.

Comments

Chat