Question 1.
Tuliskan LIMA kelebihan emas sebagai aset dalam pelaburan.1. Pelaburan emas adalah pelaburan yang dijamin keuntungan, walaupun kadar kenaikan sikit dan kadang menurun tetapi ia tetap terjamin keuntungannya. 2. Walaupun nilai emas menurun dimasa akan datang nilai emas akan meningkat semula. 3. Emas mempunyai sifat yang kukuh dan tahan ia boleh disimpan dan diwarisi oleh generasi akan datang. 4. Diterima secara global dari pelusuk dunia untuk ditransaksikan. 5. Emas tidak dapat dipalsukan atau dicetak seprti wang, yang mana menjamin keselamatan kepada pelabur dari ditipu.Kelebihan Emas untuk Pelaburan
Keperluan melabur dengan emas berbanding pelaburan lain adalah kerana ianya sesuai untuk simpanan jangka panjang. Emas lebih terjamin keuntungan dari pelaburan lain dan kebarangkalian untuk rugi sangat tipis. Selain itu, emas juga boleh dibeli sedikit demi sedikit dan tidak membebankan pembeli. Apabila berlaku bankrap kepada individu, emas adalah satu-satunya aset yang tiada dalam sistem kewangan. Jadi pihak bank tidak akan medapat maklumat tentang simpanan emas kita manakala perlaburan lain mungkin akan dibekukan. Oleh kerana emas adalah aset fizikal, bila berlaku kejatuhan ekonomi, aset fizikal tetap kekal.