Mohamad Fareez Mohd Noor's 2.A1 : Wajah kepelbagaian dan simbol penyatupaduan - OpenLearning

Nama : Mohamad Fareez bin Mohd Noor

No. Matrik : B061510226

Pensyarah : Dr. Norliah binti Kudus

Universiti : UTeM

Seksyen : 1/1 BTMI

 

Soalan (a) :

Berdasarkan video lagu 1 Malaysia tersebut, saya dapati wajah kepelbagaian yang didapati merupakan wajah kepelbagaian ideal dimana pelbagai bangsa,agama,kaum dan etnik menyanyikan lagu 1 Malaysia bersama sama seiring dengan mengibarkan bendera Malaysia. Ini menunjukkan rakyat Malaysia yang fasih bertutur dalam bahasa rasmi malaysia iaitu bahasa melayu. Selain itu, kerjasama yang diberikan dalam video tersebut amat memberangsangkan kerana majlis sebesar itu memerlukan kerjasama yang tinggi di antara mereka yang berbilang bangsa tanpa sebarang konflik yang timbul.

Soalan (b) :

Simbol penyatupaduan didalam lagu 1 Malaysia tersebut adalah melalui bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang. Jalur gemilang terdiri daripada 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri iaitu Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Terengganu, Perlis, Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala bahagian yang berwarna biru tua itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam iaitu agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 pula merupakan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna Kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Melalui pengibaran Jalur Gemilang ini, pelbagai rakyat yang berbilang bangsa menunjukkan penyatupaduan tanpa menimbulkan sebarang konflik untuk memecah belahkan status Jalur Gemilang tersebut. Dalam aspek kerajaan pula, kerajaan Malaysia bertindak mencipta gagasan 1 Malaysia bagi mencipta kesepaduan di antara rakyat yang berbilang. Tindakan ini dapat memberikan kerjasama supaya rakyat Malaysia cenderung untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan di Malaysia. 

 

Comments

Chat