Setelah melihat video tersebut, saya dapat simpulkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik, budaya, bangsa dan agama. Perpaduan merupakan asas kepada keharmonian dan keselesaan semua dalam menjalinkan perhubungan di antara satu sama lain. Malahan kita boleh melihat terdapat kepelbagaian dari segi pemakanan, perayaan, alat muzik, tarian, kepercayaan dan sebagainya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai etnik yang sangat unik di mana di dalam perbezaan tersebut, masih lagi dapat mewujudkan keharmonian bersama. Sebagai contoh, Baba dan Nyonya adalah golongan keturunan kaun Cina yang terdapat di negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Terdapat banyak perbezaan dari segi kebudayaan juga yang jelas dilihat dari segi pemakaian dan perayaan yang diamalkan oleh setiap kaum. Contohnya perayaan Hari Raya Aidilfitri disambut oleh kaum melayu di mana mereka meraikannya setelah berpuasa selama sebulan. Kaum cina juga akan meraikan bersama sama walaupun mereka mempunyai perayaan sendiri seperti tahun baru cina, Chap Goh Mei dan Pesta Kuih Bulan. Contoh makanan yang berbeza, bagi kaum melayu, terdapat pelbagai jenis makanan seperti nasi lemak, lontong, nasi kerabu, nasi dagang, kuih muih dan sebagainya. Bagi kaum india pula, seperti tosai, capati, muruku, ladu dan lain-lain. Terdapat banyak kepelbagaian yang boleh dihuraikan bagi setiap etnik yang berada di Malaysia. Hal ini kerana kebebasan setiap bangsa untuk mengamalkan kepercayaan, adat resan dan kebudayaan masing-masing juga menjadi asas kepada kesejahteraan negara Malaysia. Sikap toleransi antara kaum yang diamalkan turut menjadi benteng kepada anasir-anasir luar yang boleh mengakibatkan ketegangan kaum.