MOHAMAD AZHARI BIN HISHAMUDDIN
CD140230
UTHM
SEKSYEN 1
PUAN KHAIRUNESA ISA
Berdasarkan video aktiviti 6.2 yang saya tonton ini, saya mengetahui bahawa tujuan atau mengapakah parti politik di negara kita ditubuhkan. Setiap parti politik yang ditubuhkan mewakili kepentingan rakyat-rakyat di Malaysia. Serta, terdapat dua cara bagi permuafakatan politik untuk dicapai.
Pertamanya, setiap parti bagi etnik-etnik utama bergabung. Sebagai contoh, Parti Perikatan yang ditubuhkan pada tahun 1953 merupakan hasil gabungan dari UMNO, MIC dan MCA iaitu hasil gabungan etnik Melayu, India dan Cina. Parti Perikatan kemudiannya menjadi Barisan Nasional pada tahun 1973, yang merupakan gabungan antara parti-parti lain dari Semenanjung dan Sabah serta Sarawak. Contoh lainnya ialah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. Pakatan pembangkang ini merupakan hasil gabungan dari parti PKR, DAP dan PAS.Perikatan di Sabah pula diasaskan melalui hasil gabungan dari UNKO, USNO dan SCA. Dikenali juga sebagai BN pada masa kini.
Yang kedua, penubuhan parti-parti politik yang terbuka kepada semua etnik. Antaranya ialah IMP yang diasaskan oleh Dato Onn Jaafar pada tahun 1951 dan National Convention Party (NCP) oleh Aziz Ishak pada tahun 1960an. Namun, parti IMP dan NCP gagal mendapat sambutan, kerana rakyat masih belum dapat menerima parti yang berbilang kaum. Manakala, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Gerakan Rakyat Malaysia dan Democratic Action Party (DAP) telah membuka keahlian kepada semua etnik namun didominasi oleh etnik kaum CIna. Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan pada tahun 2003 mempunyai ahli dari pelbagai etnik. Manakala Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang didominasi oleh kaum Melayu telah membuka keahlian kepada kaum bukan Melayu melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pada tahun 2010.
Kesimpulannya, parti-parti politik di Malaysia mengakui kepentingan mendapatkan sokongan dari pelbagai etnik di Malaysia. Selain itu, walaupun terdapat sesetengah parti yang berasaskan kaum, mereka semua tetap memberi bekerjasama dengan parti yang mewakili etnik lain. Akhir sekali, sikap rakyat Malaysia yang semakin terbuka terhadap parti politik yang berbilang kaum.