CHIA YO MUAN's 2.A3 : Refleksi kendiri pengalaman harian dan pelan tindakan individu sebagai agen penyatupaduan - OpenLearning

Pada pandangan saya,Malaysia terbentuk daripada masyarakat yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, dan sebagainya. Kesannya lahirlah negara yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Salah satu keistimewaan Negara ini adalah masyarakat Malaysia masih hidup aman dan damai antara satu sama lain. Walaupun berbeza dari segi kaum, etnik, pemikiran dan kepercayaan, masyarakat di Malaysia masih dapat hidup dengan aman dan tenteram. Malaysia terdiri daripada berbilang kaum, dan mempunyai pelbagai jenis makanan yang unik dan lazat. Semua penduduk di Malaysia boleh mencuba dan merasai kesemua jenis makanan yang semestinya mempunyai rasa dan keunikan yang tersendiri. Contohnya Roti Canai dan Kari dari kaum India, Nasi lemak, Ketupat dan Rendang dari kaum Melayu, Yong Tau Foo dan Char Kuey Teow dari kaum Cina.

a) Melalui pengenalan etnik juga, kita dapat mengenal pasti pelbagai etnik yang terdapat di negara kita seperti dalam percakapan, pergaulan, perbuatan dan lain-lain lagi. Boleh saya katakan bahawa saya tidak mempunyai batas etnik yang tebal, di mana saya merasakan semua manusia adalah sama dan tidak perlu kita menganggap sesuatu kaum itu kotor dan asing buat kita walaupun berlainan bangsa. Kita seharusnya menghargai kepelbagaian ini dan saya berharap untuk mempunyai lebih ramai kenalan yang berlainan kaum, bangsa dan agama di masa akan datang.Semasa saya bersekolah di sekolah menengah, saya dapat berkawan dengan ramai orang yang berasal daripada etnik-etnik yang berlainan. Sebagai contoh, etnik Cina, Melayu, India dan lain-lain lagi. Mereka akan menjemput kami pergi ke rumah terbukanya semasa hari perayaan dan ada pelajar membawa kuih-muih perayaan ke sekolah untuk berkongsi makan dengan rakan kelas yang lain. Selain mempunyai kawan dari pelbagai bangsa, sekolah saya juga mempunyai guru-guru dari bangsa Cina dan India. Dengan ini, saya tidak berasa mempunyai sebarang permisahan kaum berlaku dalam masyarakat kita. Malah, cara berinteraksi antara satu sama lain dalam kalangan rakyat menunjukkan rakyat kita dapat hidup dengan aman dan harmoni tanpa mengira kaum dan agama. Ini merupakan suatu langkah negara kita untuk mencapai matlamat Satu Malaysia.Etnik adalah sangat penting dalam negara kita kerana ia mencerminkan budaya dan agama. Selain itu,etnik masyarakat lain haruslah dihormati supaya tidak menimbulkan sebarang konflik yang boleh memecahkan perpaduan. Oleh itu, kita haruslah berasa bertuah dan bangga dapat duduk di sebuah negara yang unik dan terdiri daripada berbilang etnik dan bangsa.Semasa saya bersekolah di sekolah menengah, saya dapat berkawan dengan ramai orang yang berasal daripada etnik-etnik yang berlainan. Sebagai contohnya, etnik china, etnik India, dan lain-lain lagi. Mereka akan menjemput kami pergi ke rumah terbuka mereka semasa hari perayaan dan ada pelajar membawa kuih-muih perayaan ke sekolah untuk berkongsi makan dengan rakan kelas yang lain. Dengan ini, saya tidak berasa mempunyai sebarang permisahan kaum berlaku dalam masyarakat kita. Malah, cara berinteraksi antara satu sama lain dalam kalangan rakyat menunjukkan rakyat kita dapat hidup dengan aman dan harmoni tanpa mengira kaum dan agama. Ini merupakan suatu langkah negara kita untuk mencapai matlamat Satu Malaysia.

b) Situasi saling kebergantungan yang saya pernah alami ialah kesudian jiran saya yang berbangsa India menghantar ayah saya ke stesen bas memandangkan tiada siapa yang ada pada pagi itu kerana semua jiran sudah pergi bekerja kecuali jiran berbangsa India itu. Pertolongan beliau amat saya dan keluarga hargai dan kenang sampai bila-bila. 

 c) 'Takrifan harian' (everyday-defined) jauh lebih penting dan berkesan daripada struktur atau institusi yang bersifat 'takrifan autoriti' (authority- defined), kerana setiap anggota masyarakat majmuk adalah bebas untuk bertindak dan berprilaku prokeamanan, prokeharmonian dan antikeganasan demi survival diri, keluarga dan kelompok sosialnya. Oleh yang demikian, sekiranya timbul sebarang konflik, pergeseran dan pertelingkahan oleh kerana perbezaan sosial yang sedia ada dalam sesebuah masyarakat majmuk, para anggotanya akan segera mencari jalan penyelesaian melalui perundingan dalam pelbagai cara dan bentuk. Umumnya, melalui perundingan seperti ini terhasil persetujuan, kompromi dan tolak ansur dalam banyak hal. Namun, hal ini tidak bermakna bahawa semua cabaran, rasa tidak puas hati dan potensi konflik terselesai. Konflik tetap ada tetapi dalam keadaan terkawal kerana anggota masyarakat amnya menolak keganasan sebagai jalan penyelesaian terhadap perbezaan sosial.  

d) Dalam konteks Malaysia, proses transformasi hubungan etnik tersebut berlaku secara umumnya melalui rundingan sosial yang berterusan antara faktor sosial dalam masyarakat awam untuk memenuhi kepentingan masing-masing. Dalam proses rundingan sosial, unsur-unsur seperti akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi sentiasa berlaku di peringkat yang berbeza sebagai mekanisme untuk terus mengekalkan toleransi etnik, penerimaan terhadap perbezaan dan kesepaduan sosial yang wujud pada hari ini. Justeru, makna yang diberikan oleh aktor sosial ini terhadap interaksi dan hubungan seharian yang berlaku antara mereka melalui proses rundingan sosial yang berterusan yang diwarnai oleh unsur-unsur akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi umumnya cenderung ke arah bentuk positif daripada bentuk negatif. Tafsiran positif yang merujuk kepada interaksi dan hubungan mereka di peringkat harian membentuk kesepaduan sosial pada hari ini walaupun mereka daripada latar belakang etnik, agama, bahasa dan budaya yang berbeza. Terdapat contoh yang paling jelas tentang wujudnya kesepaduan sosial di peringkat kehidupan harian adalah apabila timbulnya pelbagai isu yang emotif dan provokatif berhubung dengan etnik dan agama, khususnya selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008. Beberapa isu dibangkitkan dan diprovokasi secara berterusan oleh pihak yang ingin mengambil kesempatan demi kepentingan kelompok yang memperjuangkan isu-isu berkaitan. Namun, tindakan tersebut ternyata tidak berakhir dengan rusuhan etnik secara terbuka; sebaliknya kehidupan seharian masyarakat awam terus berjalan secara relatifnya aman dan stabil walaupun isu-isu panas sering diapi-apikan melalui media massa tertentu.

Comments

Chat