Pada pandangan saya, sumbangan pertama Dato' Onn Jaafar dalam aspek politik dan secara tidak langsung membuka mata masyarakat melayu mengenai kepentingan bersatu untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1946. Langkah pertama yang dilaksanakan oleh beliau ialah menubuhkan parti Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada Mei 1946 dan beliau juga dilantik sebagai presiden UMNO yang pertama . Penubuhan UMNO merupakan rentetan daripada peristiwa pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942 hingga tahun 1945. Hal ini menyebabkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat melayu kian memuncak. Selain itu, UMNO ditubuhkan atas beberapa faktor iaitu penubuhan Malayan Union oleh kerajaan British pada 1 april 1946 yang diperintah oleh Gabenor British dan perkara ini menjadi faktor utama membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Melayu di tanah melayu. faktor yang membangkitkan tentangan kaum melayu ialah Malayan Union cuba memberi hak kerakyatan secara terbuka kepada semua kaum mengikut prinsip jus soli iaitu cina dan india dan hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kaum melayu sebagai penduduk asal di tanah melayu. melalui penubuhan UMNO, Dato' Onn Jaafar cuba memupuk semnagat perpaduan nasionalisme dan perasaan antipejajah dalam kalangan masyarakat melayu untuk mencapai kemerdekaan tanah melayu.