Asiah Hamid's 9.A1 : AKTIVITI 1 - OpenLearning

Soalan 1

Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.
Sebelum Merdeka : Pendidikan Semasa Pemerintahan British (1824-1957) i. Setiap kaum menubuhkan sekolah masing-masing atau dikenali sebagai sekolah vernakular. ii. Sekolah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris mempunyai bahasa pengantar, kurikulum, buku dan guru yang dilantik sendiri. iii. Kanak-kanak berbilang kaum tidak belajar bersama-sama, kecuali mereka yang bersekolah di Sekolah Inggeris. Selepas Meredeka : Pendidikan Selepas Kemerdekaan (1957-1970) Bermulanya usaha untuk mewujudkan system pendidikan yang : i. Berupaya memupuk perpaduan dan mempunyai ciri nasional. ii. Menjamin peluang pendidikan tanpa mengira kaum dan agama. Pembangunan Pendidikan dalam Era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) i. Pembangunan pendidikan menekankan usaha membina keharmonian dan mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. ii. Penggunaan Bahasa kebangsaan sebagai Bahasa pengantar diperteguhkan. iii. Pendidikan dikawasan luar bandar diperluaskan. Pembangunan Pendidikan dalam Era dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) i. Sistem pendidikan perlu berkembang seiring cabaran globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat. ii. Sistem pendidikan pra sekolah dimasukkan ke dalam system pendidikan kebangsaan. iii. Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dipinda bagi membolehkan penubuhan lebih banyak institusi pendidikan tinggi swasta. iv. Akses pendidikan tinggi ditingkatkan melalui penubuhan lebih banyak university awam, kolej university, kolej swasta dan university swasta. Pembangunan Pendidikan dalam Era Dasar Wawasan Nasional (2001-2020) i. Globalisasi, liberasi dan pembangunan pesat ICT terus mempengaruhi pembangunan sistem pendidikan kebangsaan. ii. Cabaran untuk menghasilkan modal insan yang berpengetahuan, cekap dan berdaya saing di peringkat global.

Soalan 2

Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.
Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Berikut merupakan cara bagaimana sistem pendidikan boleh membentuk perpaduan: 1) Sistem persekolahan yang sama bagi semua Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini & bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua peringkat sekolah. 2) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini. 3) Kurikulum yang sama Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal insan). 4) Sukatan pelajaran yang seragam Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di Malaysia hampir sama & tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman. 5) Peperiksaan yang seragam Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.

Comments

Chat