Soalan
Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di dalam gambar rajah di atas, tuliskan satu kertas refleksi mengenai peranan pendidikan di dalam membina kesepaduan sosial berdasarkan pengalaman anda sendiri.Menurut pandangan saya, pendidikan merupakan salah satu cara bagi mengeratkan kesepaduan sosial di Malaysia. Berdasarkan pengalaman saya, pendidikan menjadi asas kepada perpaduan rakyat di malaysia. Hal ini kerana di sekolah terutamanya di peringkat sekolah rendah, pelajar telah dipupuk supaya saling menghormati antara satu sama lain menerusi mata pelajaran seperti pendidikan sivik dan kajian tempatan. Melalui pelajaran tersebut pelajar sekolah rendah akan lebih terdedah kepada adat dan budaya masyarakat atau kaum lain. Selain itu, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan juga dapat meningkatkan komunikasi antara pelajar yang berlainan bangsa dimana penggunaan satu bahasa rasmi iaitu bahasa melayu sebagai bahasa untuk berkomunikasi. Manakala bahasa inggeris sebagai bahasa kedua untuk berkomunikasi. Selain itu, aktiviti kokurikulum di sekolah juga dapat memupuk perpaduan di kalangan pelajar. Aktiviti kokurikulum seperti sukan dan persatuan juga dapat melahirkan semangat kerjasama antara pelajar yang berlainan bangsa. Di samping itu, melalui faktor fizikal dan persekitaran pulak dapat membangkitkan lagi semangat pelajar untuk belajar. Pengagihan kelas perlulah menitikberatkan aspek kepelbagaian agama dan budaya seperti setiap kelas mesti terdiri daripada pelajar Melayu,Cina dan India supaya elemen perpaduan dapat terjalin melalui interaksi semasa belajar. Seterusnya, penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga memupuk nilai kesepaduan sosial. Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan akan memudahkan semua kaum untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Malahan bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa kedua pula memudahkan semua kaum untuk berinteraksi dengan rakyat negara lain.