Pada pendapat saya konsep perpaduan merujuk kepada proses menyatupadukan rakyat seluruh masyarakat dan negara supaya setiap masyarakat dapat membentuk identiti dan nilai bersama serta memliki perasaan cinta bangga kepada tanah air manakala konsep kesepaduan sosial pula merujuk kepada satu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap perpaduan. Konsep ini juga mendorong masyarakat untuk berusaha dalam mencapai perpaduan. Kedua-dua konsep ini mempunyai matlamat yang sama iaitu menyatupadukan rakyat untuk mencapai kehidupan yang lebih aman dan harmoni tanpa sebarang konflik. Manakla konsep kesepaduan dan perpaduan merupakan dua konsep yang berbeza. Suasana di negara kita lebih praktikal dan sesuai dengan konsep kesepaduan. Terdapat dua perspektif utama dalam perpaduan iaitu, psikologi sosial dan antropologi-sosiologi. Psikologi sosial ialah kajian tentang pengaruh sosial terhadap perilaku manusia manakala antropologi-sosiologi pula ialah kajian tentang masyarakat dan budaya. Hal ini demikian kerana untuk membentuk kesepaduan kaum yang wujud dalam satu kerajaan masyarakat haruslah menunjukkan rasa semangat perpaduan yang tinggi walupun berbeza kaum dan agama kerana kewujudan perpaduan dalam kepelbagian dapat membentuk sebuah negara yang aman dan damai, untuk membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dengan cara tidak melakukan penindasan terhadap kaum yang lain. Manakala, bagi konsep kesepaduan sosial pula merupakan satu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap perpaduan serta mendorong ahli masyarakat berusaha untuk mencepai perpaduan. konsep kesepaduan adalah lebih realistik dalam konteks malaysia. Usaha kerajaan memperkenalkan Rukun Negara pada tahun 1970 merupakan satu langkah yang menunjukkan betapa seriusnya pihak pemerintah menangani hal yang berkaitan hubungan etnik. Rukun Negara dalam konteks hubungan etnik jelas menyatakan cita-citanya untuk membina negara bangsa, iaitu negara dan bangsa malaysia yang rakyatnya bersatu padu, mengamalkan cara hidup yang demokratik, melaksanakan keadilan sosial dan berfikiran terbuka.
sekian, terima kasih.